Tampilkan postingan dengan label khilafah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label khilafah. Tampilkan semua postingan

Minggu, 19 April 2009

Kaedah Perlantikan Khalifah

Selepas pembentangan ringkas mengenai sejarah perlantikan Imam di zaman para sahabat maka melalui panduan mereka kita akan bincangkan mengenai cara perlantikan Imam iaitu dua cara:

Pertama: Cara Pemilihan

Mereka yang mebuat pemilihan ialah ahli halli wa al-‘aqdi iaitu cara yang berlaku dalam perlantikan Abu Bakar dan Ali (r.a.)

Kepentingan cara pemilihan:

Imam atau khalifah ialah wasilah bukannya matlamat, iaitu wasilah untuk melaksanakan amar makruf dan anhi munkar dalam bentuknya yang luas. Tugas ini merupakan kewajiban setiap peribadi umat dimana tidak akan dapat ditegakkan dengan sempurna melainkan dengan adanya seorang imam yang mentadbir dan menyusun kearah terlaksananya tugas yang besar ini.

Oleh itu umat bertanggung jawab melantik seseorang bagi mengganti mereka mentadbir urusan ini dan diserahkan kepadanya ketaatan serta sokongan untuk dipimpin kearah mencapai matlamat besar yang menjadi kewajiban setiap muslim secara umumnya.

Tanggungjawab melantik Imam ini kembali kepada umat kerana Imam adalah pengganti umat namun begitu keadaan umat yang tinggal berselerak, berjauhan, berbagai-bagai kemampuan keilmuan, yang lemah, yang cerdik dan sebagainya maka tanggungjawab ini menjadi bebanan golongan ulama’, cendikiawan dan golongan yang mulia dikalangan umat, merekalah yang akan memilih sesiapa yang mereka lihat berkelayakan bagi memikul tanggungjawab syarak ini yang menuntutnya melaksanakan hukum-hukum syarak dan melaksanakan amar makruf dan nahi munkar keseluruh muka bumi yang di diami.

Segalanya ini menjelaskan kepentingan cara pemilihan dalam melantik Imam malah ini dikirakan cara asas kerana perlantikan imam secara warisan atau perlantikan imam sebelumnya disyaratkan persetujuan oleh ‘ahli al halli wa al-‘aqd’.

Cara Pemilihan ini bertepatan dengan sunnah dan ijma’.

i. Sunnah:

Perbuatan nabi (s.a.w.): Rasulullah (s.a.w.) telah wafat tetapi baginda tidak menaskan dengan lafaz yang nyata terhadap perlantikan khalifah selepasnya ini jelas dengan kata-kata Umar.

“Sekiranya aku melantik khalifah menggantiku sesungguhnya telah melakukannya seseorang yang lebih baik dariku - iaitu Abu Bakar- sekiranya aku biarkan sesungguhnya telah membiarkannya seseorang yang lebih baik daripadaku - iaitu nabi (s.a.w.) -”[1]

Nyata daripada kata-kata ini bahawa rasulullah (s.a.w.) telah menyatakan kewajiban melantik imam tetapi setelah kewafatannya baginda tidak melantik sesiapapun maka mestilah dibuat pemilihan maka ini menunjukkan masyru‘iah pemilihan.

Antaranya ialah perbuatan khulafa’ al- Rasyidin (r.a.) sebagaimana diceritakan dan kita diperintahkan mengikut sunnah mereka dan mencontohi Abu Bakar dan Umar (r.a.). Umar al-Khattab pernah berkata:

“Sesiapa yang berbai’ah kepada seorang lelaki tanpa mesyuarat dengan muslimin maka janganlah diikutinya dan orang yang dibai’ahkannya..keduanya akan dibunuh.”[2]

ii. Ijma’:

Kita telah membentangkan sejarah perlantikan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali dan kt tidak dapati seseorangpun sahabat yang menentang cara perlantikan mereka malah tidak terdapat riwayat yang mengkritik cara perlantikan khulafa’ ar-rasyidin.

Imam an-Nawawi mengatakan bahawa: “mereka telah berijma’ dalam perlantikan khalifah secara perlantikan dan secara dipilih oleh ahli al halli wa al-`aqdi bagi sesiapa yang tidak dilantik oleh khalifah sebelumnya.”[3]

Sebaliknya kaum Syiah berpegang dengan pendapat bahawa perlantikan Imam mesti dengan nas.



Ahli al- Halli Wa al-‘Aqdi

Siapakah ahli al-halli wa al-aqdi, apakah syarat-syarat mereka, adakah disyaratkan jumlah tertentu dan apakah tugas mereka?

Mereka ialah sekelompok manusia yang memiliki ketinggian agama dan akhlak, mengetahui hal-hal manusia dan cara mentadbir. Mereka juga dinamakan ahli al-ikhtiar ( pemilih ), ahli syura, ahli fikir dan tokoh pentadbir sebagaimana ditentukan sebahagian ulama’ iaitul: “ para ulama’, pimpinan, ketua-ketua kaum yang mudah berhimpun.”[4]

Kepada merekalah diwakilkan urusan melihat mengenai perkara yang berkaitan dengan kemaslahatan umat, agama mereka dan dunia mereka termasuklah memilih Imam kepada muslimin.



Masyru‘iah Iktibar Ahli al-Halli wa-al-‘Aqd ( Hujjah Syarak)

i. Dalil Quran:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah al-rasul dan ulil amru di kalangan kamu.”[5]

Ulil Amru ialah ulama’ dan umara’.[6]

ii. Sunnah:

Sabda rasulullah (s.a.w.): “Keluarkanlah kepadaku daripada kamu 12 orang naqib supaya melaksanakan kepada kaumnya apa yang diperintahkan kepada mereka.” (kepada al-Ansor dalam bai’ah Aqobah kedua).[7]



Syarat-syarat Ahli al-Halli wa al-‘Aqd’ dan para Uli al-Amr.[8]

Syarat-syarat umum pada seluruh wilayah dalam daulah Islam.

1. Islam

2. Berakal

3. Lelaki

4. Merdeka

5. Adil

6. Berilmu

7. Bijaksana dan hikmah

Tugas ‘Ahli al-Halli wa al-‘Aqd

1. Memilih khalifah dan berbai’ah untuknya.

2. Membezakan antara dua orang yang dicalunkan sebagai khalifah.

3. Berbai’ah kepada yang lebih memberi manfaat.

4. Memecat khalifah.



Cara Kedua: al-‘Ahd; Perlantikan Oleh Khalifah Terdahulu

Di antara cara perlantikan Imam ialah ‘al-‘ahd iaitu perlantiakan atau pewarisan tugas khalifah daripada khalifah terdahulu kepada sesiapa sahaja yang dipulihnya di kalangan muslimin. Iaitu apabila seseorang khalifah merasai kehadiran ajalnya dan dia ingin mewariskan tugasnya kepada seseorang maka hendaklah beliau bermesyuarat dengan ahli al-halli wa al-‘aqd terhadap sesiapa yang dipilihnya maka sekiranya pemilihannya itu dipersetujui oleh ahli al-halli wa al-‘aqd maka bolehlah diwasiatkan kepadanya.



Takrif ‘al-‘Ahd

Al-‘ahd bererti janji, iaitu semua yang dijanjikannya dengan Allah keatasnya, semua janji yang dinyatakan oleh seorang hamba adalah al-‘ahd, Ia juga bererti wasiat. Ia juga bererti menyerahkan sesuatu kepada seseorang.



Takrif Al ‘Ahd Pada Istilah

Iaitu pewasiat memilih seseorang yang tertentu untuk melakukan tugas tertentu daripada tugas-tugas kerajaan bermula daripada kepimpinannya sehinggalah serendah-rendahnya. Pemilihan ini dinamakan ‘ahd. Kemudian ianya ditulis dengan disebut oleh pewaris atau ditulis sendiri.



Hukum dan Dalil

Hukumnya adalah harus pada syarak, dan di antara cara yang disyariatkan dalam melantik imam sekiranya cukup syarat-syaratnya..

Antara dalilnya:

1. Sabda rasulullah (s.a.w.): “Sesungguhnya aku berazam supaya diutuskan utusan kepada Abu Bakar dan anaknya lalu aku wasiatkan khalifah kepadanya, bahawa berkatalah yang berkata atau bercita-cita orang yang bercita-cita kemudian aku berkata:Allah tidak menghendaki dan orang-orang beriman menolaknya atau Allah yang menolaknya dan engganlah orang yang beriman.” (Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini jelas bahawa nabi ada berhasrat untuk membuat wasiat perlantikan khalifah kepada Abu Bakar tetapi ditinggalkannya kerana telah mendapat ilmu daripada Allah bahawa orang-orang yang beriman tidak akan memilih selainnya.

2. Ijma’ para sahabat sebagaimana cara yang pertama juga.

Walaubagaimanapun perlantikan ini tidak boleh dilaksanakan melainkan setelah berlaku bai’ah daripada umat. Kerana inilah amalan para sahabat (r.a.) terhadap perlantikan Abu Bakar al Siddiq, Umar al-Khattab- Uthman al Affan dan Ali Abu Thalib.

Ali bin Abu Thalib berkata: “ Tidak sah perlantikan Imam melainkan dengan bai’ah oleh muslimin.”



Syarat sah wasiat perlantikan Imam

1. Seseorang yang dilantik itu memenuhi syarat-syarat seorang Imam.

2. Penerimaan orang yang dilantik.

3. Kewujudan seseorang yang dilantik.

4. Kekuasaan Imam yang melantik masih ditangannya.

5. Bermesyuarat dengan ahli al halli wal ‘aqdi.

Perlantikan ini berlaku sama ada kepada seorang sebagaimana perlantikan Umar sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dimana jawatan Imam disyurakan di antara enam orang yang layak.



Mewasiatkan Imam Kepada Bapa atau Anak

Terdapat tiga pandangan mengenai perkara ini:

Pertama: Mengatakan tidak boleh; dengan diqiyaskan kepada syarat saksi dan hakim kerana tidak diterima penyaksian seseorang untuk membela anak atau bapanya.

Pendapat kedua mengatakan harus kerana kuasa imam tidak terbatas kepada sesiapa sahaja.

Pendapat ketiga hanya mengharuskan pewarisan pemerintahan hanya kepada bapa sahaja.

Pendapat yang rajih ialah pendapat pertama kerana itulah seerah khulafa’ al-rasyidin.

Walaubagaimanapun mereka yang mengatakan harus mewasiatkan khalifah atau imam kepada anak atau bapanya juga meletakkan syarat untuk memelihara kemaslahatan muslimin. Begitulah yang dilakukan oleh Muawiyah (r.a.) apabila mewariskan khalifah kepada anaknya Yazid walaupun masih ada sahabat yang lain yang berkelayakan, tetapi oleh kerana kebimbangannya kepada berlakunya fitnah kali kedua dalam pemilihan khalifah maka diwasiatkan kahlifah kepada anaknya Ini ialah kerana dia menyedari bani Umayyah tidak akan membenarkan khalifah diberikan kepada orang lain

Walau bagaimanapun sekelian ulama’ sepakat bahawa tugas Imam tidak boleh diwarisi tetapi dibolehkan memilih yang kurang berkelayakan kerana memelihara kemaslahatan umat.[9]

Ibnu Khaldun berkata: “Sekiranya tujuan mewariskan imam kepada anak kerana ingin memelihara kekuasaan qabilah maka ianya bukanlah daripada maqsid agama, kerana Imamah merupakan perintah Allah yang diberikan kepada sesiapa yang disukainya, oleh itu perlulah diperbetulkan niat, bimbang akan berlaku kepincangan dalam urusan pimpinan agama, sesungguhnya kekuasaan milik Allah diberikan kepada seiapa yang dikehendakinya.”[10]

Bai‘ah

Walaupun perlantikan imam itu melalui pemilihan ahli al-halli wa al ‘aqdi atau dengan cara ‘al-ahd’ tetapi tetap menjadi syarat berlakunya bai‘ah ahli ‘l halli wal ‘aqd, kemudian bai’ah umat kepada imam. Maka perlu dijelaskan apakah itu bai’ah, jenis-jenis bai’ah dan syarat-syaratnya.

Bai‘ah adalah daripada perkataan bai‘ iaitu pertukaran sesuatu dengan sesuatu dengan disertakan dengan akad, iaitulah pertukaran Imam yang menjualkan dirinya dan dengan ketaatan daripada umat.

Bai’ah ialah membuat perjanjian untuk mendengar dan mentaati imam dalam perkara yang diredai Allah.

Jenis-Jenis Bai‘ah.

1. Bai’ah Untuk Islam.

Iaitu dalam Bai‘ah al-Nisa’ atau bai`ah `Aqobah pertama.

Jarir bin Abdullah (r.a.) berkata: “Aku berbai’ah dengan rasululillah dengan penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, menidirikan solat, mengeluarkan zakat, dengar dan taat dan menasihati muslimin.” (Bukhari dan Muslim)

2. Bai‘ah Untuk Menolong Dan mempertahankan Rasulullah (s.a.w.)

- Sebagaimana dalam Bai‘ah ‘Aqobah Kedua.

3. Bai‘ah Untuk Berjihad

i. Sebagaimana dalam Surah Taubah ayat 111

ii. Sebagaimana dalam Bai‘ah al-Ridhwan.

4. Bai‘ah Untuk Hijrah Dari Mekah ke Madinah.

Mujasya’ bin Mas‘ud berkata: Aku pergi bertemu rasulullah (s.a.w.) selepas ‘Fathul Makkah’ dan aku berkata: Aku datang dengan saudaraku kepadamu wahai rasulullah (s.a.w.) adalah untuk berbai‘ah untuk berhijrah lalu rasulullah (s.a.w.) bersabda, ahli hijrah telah berlalu dengan segala masalahnya, aku berkata atas asas apa aku berbai’ah? Rasulullah (s.a.w.) menajwab: Aku berbai‘ah di atas Islam, jihad dan kebaikan.” (Bukhari dan Muslim)

5. Bai’ah Untuk Dengar Taat

Inilah bai‘ah yang dimaksudkan dalam perbincangan ini.

Ubadah bin as Samit (r.a.) berkata: Kami telah berbai’ah dengan rasulullah (s.a.w.) untuk mendengar dan taat dalam keadaan senang dan susah, suka dan benci, walaupun bebanan keatas kami dan supaya kami tidak membantah perintah orang yang berkeahlian melainkan sekiranyan kami melihat kekufuran yang nyata dan mempunyai bukti daripada Allah.” (Bukhari dan Muslim)



Syarat Sah Bai‘ah.

1. Orang yang menerima bai‘ah memiliki syarat-syarat Imam.

2. Mereka yang melakukan baia‘ah ialah ahli al halli wal ‘aqdi’.

3. Orang yang dibai‘ahkan menerima perlantikannya, melainkan dia dipaksa kerana ketiadaan yang layak melainkan seorang

4. Yang menerima bai‘ah hanyalah seorang.

5. Berbai‘ah dengan kitab Allah dengan lidah dan amalan.

6. Bebas berbai‘ah.

Cara Bai’ah

1. Bersalaman dan mengucapkan bai‘ah.

2. Dengan Pengucapan sahaja.

3. Penulisan.

Bahagian Bai’ah

1. Bai’ah Perlantikan; tugas ‘ahli al-halli wal ‘aqd’.

1. Bai’ah Taat merupakan bai‘ah umat.



Ketiga: Cara Kekerasan dan Perampasan Kuasa

Cara ini tidak disepakati ulama’ keharusannya.

Pertama: Tidak Sah. Iaitu pendapat, kaum Khawarij, Muktazilah dan beberapa pendapata mazhab Syafi‘iyyah

Kedua: Sah iaitu pendapat ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.

Iaitu sekiranya Khalifah yang merampas mencukupi syarat-syarat seorang khalifah dan mendapat bai`ah sekelian rakyat.

[1] Muttafaq `Alaih.

[2] Al-Bukhari.

[3] Al-Nawawi: Syarah Soheh Muslim

[4] Nihayah al-Muhtaj.

[5] Surah al-Nisa’; ayat 59.

[6] Ibn Katsir, al-Tabari dan al-Qurtubi.

[7] Ibn Hisyam; Seerah Ibn Hisyam. Lihat juga Ibn. Saad, Tabaqat al-Kubra.

[8] Al-Mawardi.

[9] Abdullah Umar al Dimaiji; Al-Imamah al-`Udzma `Ind Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Dar al-Tibah (1997) hal.195.

[10] Ibn. Khaldun, op-cit. hal. 212.

sumber:
http://siasahharokiah.wordpress.com/kaedah-perlantikan-khalifah/

Menelusuri Definisi Khilafah

Oleh: M. Shiddiq al-Jawi

Pengertian Bahasa
Khilafah menurut makna bahasa merupakan mashdar dari fi'il madhi khalafa, berarti: menggantikan atau menempati tempatnya (Munawwir, 1984:390). Makna khilafah menurut Ibrahim Anis (1972) adalah orang yang datang setelah orang lain lalu menggantikan tempatnya (jâ'a ba'dahu fa-shâra makânahu) (Al-Mu'jam al-Wasith, I/251).

Dalam kitab Mu'jam Maqayis al-Lughah (II/210) dinyatakan, khilafah dikaitkan dengan penggantian karena orang yang kedua datang setelah orang yang pertama dan menggantikan kedudukannya. Menurut Imam ath-Thabari, makna bahasa inilah yang menjadi alasan mengapa as-sulthan al-a'zham (penguasa besar umat Islam) disebut sebagai khalifah, karena dia menggantikan penguasa sebelumnya, lalu menggantikan posisinya (Tafsir Ath-Thabari, I/199).

Imam al-Qalqasyandi mengatakan, menurut tradisi umum istilah khilafah kemudian digunakan untuk menyebut kepemimpinan agung (az-za'amah al-uzhma), yaitu kekuasaan umum atas seluruh umat, pelaksanaan urusan-urusan umat, dan pemikulan tugas-tugas mereka (Al-Qalqasyandi, Ma'atsir al-Inafah fi Ma’alim al-Khilafah, I/8-9).

Pengertian Syar'i

Dalam pengertian syariah, Khilafah digunakan untuk menyebut orang yang menggantikan Nabi Saw dalam kepemimpinan Negara Islam (ad-dawlah al-Islamiyah) (Al-Baghdadi, 1995:20). Inilah pengertiannya pada masa awal Islam. Kemudian, dalam perkembangan selanjutnya, istilah Khilafah digunakan untuk menyebut Negara Islam itu sendiri (Al-Khalidi, 1980:226).

Pemahaman ini telah menjadi dasar pembahasan seluruh ulama fiqih siyasah ketika mereka berbicara tentang "Khilafah" atau "Imamah". Dengan demikian, walaupun secara literal tak ada satu pun ayat al-Qur'an yang menyebut kata "ad-dawlah al-Islamiyah" (negara Islam), bukan berarti dalam Islam tidak ada konsep negara. Atau tidak mewajibkan adanya Negara Islam. Para ulama terdahulu telah membahas konsep negara Islam atau sistem pemerintahan Islam dengan istilah lain yang lebih spesifik, yaitu istilah Khilafah/Imamah atau istilah Darul Islam (lihat Dr. Sulaiman ath-Thamawi, As-Sulthat ats-Tsalats, hal. 245; Dr. Wahbah az-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, IX/823).

Hanya saja, para ulama mempunyai sudut pandang yang berbeda-beda ketika memandang kedudukan Khilafah (manshib al-Khilafah). Sebagian ulama memandang Khilafah sebagai penampakan politik (al-mazh-har as-siyasi), yakni sebagai institusi yang menjalankan urusan politik atau yang berkaitan dengan kekuasaan (as-sulthan) dan sistem pemerintahan (nizham al-hukm). Sementara sebagian lainnya memandang Khilafah sebagai penampakan agama (al-mazh-har ad-dini), yakni institusi yang menjalankan urusan agama. Maksudnya, menjalankan urusan di luar bidang kekuasaan atau sistem pemerintahan, misalnya pelaksanaan mu’amalah (seperti perdagangan), al-ahwal asy-syakhshiyyah (hukum keluarga, seperti nikah), dan ibadah-ibadah mahdhah. Ada pula yang berusaha menghimpun dua penampakan ini. Adanya perbedaan sudut pandang inilah yang menyebabkan mengapa para ulama tidak menyepakati satu definisi untuk Khilafah (Al-Khalidi, 1980:227).

Sebenarnya banyak sekali definisi Khilafah yang telah dirumuskan oleh oleh para ulama. Berikut ini akan disebutkan beberapa saja definisi Khilafah yang telah dihimpun oleh Al-Khalidi (1980), Ali Belhaj (1991), dan Al-Baghdadi (1995) :

Pertama, menurut Imam al-Mawardi (w. 450 H/1058 M), Imamah ditetapkan bagi pengganti kenabian dalam penjagaan agama dan pengaturan urusan dunia (Al-Ahkam as-Sulthaniyah, hal. 3).

Kedua, menurut Imam al-Juwayni (w. 478 H/1085 M), Imamah adalah kepemimpinan yang bersifat menyeluruh (riyasah taammah) sebagai kepemimpinan yang berkaitan dengan urusan khusus dan urusan umum dalam kepentingan-kepentingan agama dan dunia (Ghiyats al-Umam, hal. 15).

Ketiga, menurut Imam al-Baidhawi (w. 685 H/1286 M), Khilafah adalah pengganti bagi Rasulullah Saw oleh seseorang dari beberapa orang dalam penegakan hukum-hukum syariah, pemeliharaan hak milik umat, yang wajib diikuti oleh seluruh umat (Hasyiyah Syarah ath-Thawali', hal.225).

Keempat, menurut ‘Adhuddin al-Iji (w. 756 H/1355 M), Khilafah adalah kepemimpinan umum (riyasah 'ammah) dalam urusan-urusan dunia dan agama, dan lebih utama disebut sebagai pengganti dari Rasulullah dalam penegakan agama (I'adah al-Khilafah, hal. 32).

Kelima, menurut At-Taftazani (w. 791 H/1389 M), Khilafah adalah kepemimpinan umum dalam urusan agama dan dunia, sebagai pengganti dari Nabi Saw dalam penegakan agama, pemeliharaan hak milik umat, yang wajib ditaati oleh seluruh umat (Lihat Al-Iji, Al-Mawaqif, III/603; Lihat juga Rasyid Ridha, Al-Khilafah, hal. 10).

Keenam, menurut Ibnu Khaldun (w. 808 H/1406 M), Khilafah adalah pengembanan seluruh (urusan umat) sesuai dengan kehendak pandangan syariah dalam kemaslahatan-kemaslahatan mereka baik ukhrawiyah, maupun duniawiyah yang kembali kepada kemaslahatan ukhrawiyah (Al-Muqaddimah, hal. 166 & 190).

Ketujuh, menurut Al-Qalqasyandi (w. 821 H/1418 M), Khilafah adalah kekuasaan umum (wilayah 'ammah) atas seluruh umat, pelaksanaan urusan-urusan umat, serta pemikulan tugas-tugasnya (Ma'atsir al-Inafah fi Ma'alim al-Khilafah, I/8).

Kedelapan, menurut Al-Kamal ibn al-Humam (w. 861 H/1457 M), Khilafah adalah otoritas (istihqaq) pengaturan umum atas kaum muslimin (Al-Musamirah fi Syarh al-Musayirah, hal. 141).

Kesembilan, menurut Imam ar-Ramli (w. 1004 H/1596 M), khalifah adalah al-imam al-a'zham (imam besar), yang berkedudukan sebagai pengganti kenabian, dalam penjagaan agama dan pengaturan urusan dunia (Nihayatul Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, VII/289).

Kesepuluh, menurut Syah Waliyullah ad-Dahlawi (w. 1176 H/1763 M), Khilafah adalah kepemimpinan umum (riyasah 'ammah)… untuk menegakkan agama dengan menghidupkan ilmu-ilmu agama, menegakkan rukun-rukun Islam, melaksanakan jihad…melaksanakan peradilan (qadha'), menegakkan hudud…sebagai pengganti (niyabah) dari Nabi Saw (dikutip oleh Shadiq Hasan Khan dalam Iklil al-Karamah fi Tibyan Maqashid al-Imamah, hal. 23).

Kesebelas, menurut Syaikh al-Bajuri (w. 1177 H/1764 M), Khilafah adalah pengganti (niyabah) dari Nabi Saw dalam umumnya kemaslahatan-kemaslahatan kaum muslimin (Tuhfah al-Murid 'Ala Jauhar at-Tauhid, II/45).

Keduabelas, menurut Muhammad Bakhit al-Muthi'i (w. 1354 H/1935 M), seorang Syaikh al-Azhar, Imamah adalah kepemimpinan umum dalam urusan-urusan dunia dan agama (I’adah al-Khilafah, hal. 33).

Ketigabelas, menurut Mustafa Shabri (w. 1373 H/1953 M), seorang Syaikhul Islam pada masa Daulah Utsmaniyah, Khilafah adalah pengganti dari Nabi Saw dalam pelaksanaan apa yang dibawa Nabi Saw berupa hukum-hukum syariah Islam (Mawqif al-Aql wa al-'Ilm wa al-'Alim, IV/363).

Keempatbelas, menurut Dr. Hasan Ibrahim Hasan, Khilafah adalah kepemimpinan umum dalam urusan-urusan agama dan dunia sebagai pengganti dari Nabi Saw (Tarikh al-Islam, I/350).

Analisis Definisi

Dari keempatbelas definisi yang telah disebutkan di atas, dapat dilihat sebetulnya ada 3 (tiga) kategori definisi, yaitu :

Pertama, definisi yang lebih menekankan pada penampakan agama (al-mazh-har ad-dini). Jadi, Khilafah lebih dipahami sebagai manifestasi ajaran Islam dalam pelaksanaan urusan agama. Misalnya definisi Al-Iji. Meskipun Al-Iji menyatakan bahwa Khilafah mengatur urusan-urusan dunia dan urusan agama, namun pada akhir kalimat, beliau menyatakan, "Khilafah lebih utama disebut sebagai pengganti dari Rasulullah dalam penegakan agama."

Kedua, definisi yang lebih menekankan pada penampakan politik (al-mazh-har as-siyasi). Di sini Khilafah lebih dipahami sebagai manifestasi ajaran Islam berupa pelaksanaan urusan politik atau sistem pemerintahan, yang umumnya diungkapkan ulama dengan terminologi "urusan dunia" (umûr ad-dunya). Misalnya definisi Al-Qalqasyandi. Beliau hanya menyinggung Khilafah sebagai kekuasaan umum (wilayah 'ammah) atas seluruh umat, tanpa mengkaitkannya dengan fungsi Khilafah untuk mengatur "urusan agama".

Ketiga, definisi yang berusaha menggabungkan penampakan agama (al-mazh-har ad-dini) dan penampakan politik (al-mazh-har as-siyasi). Misalnya definisi Khilafah menurut Imam al-Mawardi yang disebutnya sebagai pengganti kenabian dalam penjagaan agama dan pengaturan urusan dunia.

Dengan menelaah seluruh definisi tersebut secara mendalam, akan kita dapati bahwa secara global berbagai definisi tersebut lebih berupa deskripsi realitas Khilafah dalam dataran empirik (praktik) —misalnya adanya dikotomi wilayah "urusan dunia" dan "urusan agama"— daripada sebuah definisi yang bersifat syar'i, yang diturunkan dari nash-nash syar’i. Selain itu, definisi-definisi tersebut kurang mencakup (ghayru jâmi'ah). Sebab definisi Khilafah seharusnya menggunakan redaksi yang tepat yang bisa mencakup hakikat Khilafah dan keseluruhan fungsi Khilafah, bukan dengan redaksi yang lebih bersifat deskriptif dan lebih memberikan contoh-contoh, yang sesungguhnya malah menyempitkan definisi. Misalnya ungkapan bahwa Khilafah bertugas menghidupkan ilmu-ilmu agama, menegakkan rukun-rukun Islam, melaksanakan jihad, melaksanakan peradilan (qadha'), menegakkan hudud, dan seterusnya. Bukankah definisi ini menjadi terlalu rinci yang malah dapat menyulitkan kita menangkap hakikat Khilafah? Juga bukan dengan redaksi yang terlalu umum yang cakupannya justru sangat luas. Misalnya ungkapan bahwa Khilafah mengatur "umumnya kemaslahatan-kemaslahatan kaum muslimin". Atau bahwa Khilafah mengatur "kemaslahatan-kemaslahatan duniawiyah dan ukhrawiyah". Bukankah ini ungkapan yang sangat luas jangkauannya?

Sesungguhnya, untuk menetapkan sebuah definisi, sepatutnya kita perlu memahami lebih dahulu, apakah ia definisi syar'i (at-ta'rif asy-syar'i) atau definisi non-syar'i (at-ta'rif ghayr asy-syar'i) (Zallum, 1985:51). Definisi syar'i merupakan definisi yang digunakan dalam nash-nash al-Qur'an dan as-Sunnah, semisal definisi sholat dan zakat. Sedang definisi non-syar'i merupakan definisi yang tidak digunakan dalam nash-nash al-Qur'an dan as-Sunnah, tetapi digunakan dalam disiplin ilmu tertentu atau kalangan ilmuwan tertentu, semisal definisi isim, fi'il, dan harf (dalam ilmu Nahwu-Sharaf). Contoh lainnya misalkan definisi akal, masyarakat, kebangkitan, ideologi (mabda'), dustur (UUD), qanun (UU), hadharah (peradaban), madaniyah (benda sarana kehidupan), dan sebagainya

Jika definisinya berupa definisi non-syar'i, maka dasar perumusannya bertolak dari realitas (al-waqi'), bukan dari nash-nash syara'. Baik ia realitas empirik yang dapat diindera atau realitas berupa kosep-konsep yang dapat dijangkau faktanya dalam benak. Sedang jika definisinya berupa definisi syar'i, maka dasar perumusannya wajib bertolak dari nash-nash syara' al-Qur'an dan as-Sunnah, bukan dari realitas. Mengapa? Sebab, menurut Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani, definisi syar'i sesungguhnya adalah hukum syar’i, yang wajib diistimbath dari nash-nash syar'i (Asy-Syakhshiyyah al-Islamiyah, III/438-442; Al-Ma’lumat li asy-Syabab, hal. 1-3). Jadi, perumusan definisi syar'i, misalnya definisi sholat, zakat, haji, jihad, dan semisalnya, wajib merujuk pada nash-nash syar'i yang berkaitan dengannya.

Apakah definisi Khilafah (atau Imamah) merupakan definisi syar'i? Jawabannya, ya. Sebab nash-nash syar'i, khususnya hadits-hadits Nabi Saw, telah menggunakan lafazh-lafazh "khalifah" dan "imam" yang masih satu akar kata dengan kata Khilafah/Imamah. Misalnya hadits Nabi, "Jika dibaiat dua orang khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya." [Shahih Muslim, no. 1853]. Imam al-Bukhari dalam Shahihnya telah mengumpulkan hadits-hadits tentang Khilafah dalam Kitab al-Ahkam. Sedang Imam Muslim dalam Shahihnya telah mengumpulkannya dalam Kitab al-Imarah (Ali Belhaj, 1991:15). Jelaslah, bahwa untuk mendefinisikan Khilafah, wajiblah kita memperhatikan berbagai nash-nash ini yang berkaitan dengan Khilafah.

Dengan menelaah nash-nash hadits tersebut, dan tentunya nash-nash al-Qur'an, akan kita jumpai bahwa definisi Khilafah dapat dicari rujukannya pada 2 (dua) kelompok nash, yaitu:

Kelompok Pertama, nash-nash yang menerangkan hakikat Khilafah sebagai sebuah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia.

Kelompok Kedua, nash-nash yang menjelaskan tugas-tugas khalifah, yaitu: (1) tugas menerapkan seluruh hukum-hukum syariah Islam, (2) tugas mengemban dakwah Islam di luar tapal batas negara ke seluruh bangsa dan umat dengan jalan jihad fi sabilillah

Nash kelompok pertama, misalnya nash hadits, "Maka Imam yang (memimpin) atas manusia adalah (bagaikan) seorang penggembala dan dialah yang bertanggung jawab terhadap gembalaannya (rakyatnya)." [Shahih Muslim, XII/213; Sunan Abu Dawud, no. 2928, III/342-343; Sunan at-Tirmidzi, no. 1705, IV/308]. Ini menunjukkan bahwa Khilafah adalah sebuah kepemimpinan (ri'asah/qiyadah/imarah). Adapun yang menunjukkan bahwa Khilafah bersifat umum untuk seluruh kaum muslimin di dunia, misalnya hadits Nabi yang mengharamkan adanya lebih dari satu khalifah bagi kaum muslimin seperti telah disebut sebelumnya (Shahih Muslim no. 1853). Ini berarti, seluruh kaum muslimin di dunia hanya boleh dipimpin seorang khalifah saja, tak boleh lebih. Dan kesatuan Khilafah untuk seluruh kaum muslimin di dunia sesungguhnya telah disepakati oleh empat imam madzhab, yakni Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafi'i, dan Imam Ahmad, rahimahumullah (Lihat Abdurrahman al-Jaziri, Al-Fiqh 'Ala Al-Madzahib al-Arba'ah, V/308; Muhammad ibn Abdurrahman ad-Dimasyqi, Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-A'immah, hal. 208).

Nash kelompok kedua, adalah nash-nash yang menjelaskan tugas-tugas khalifah, yang secara lebih rinci terdiri dari dua tugas berikut:

Pertama, tugas khalifah menerapkan seluruh hukum syariah Islam atas seluruh rakyat. Hal ini nampak dalam berbagai nash yang menjelaskan tugas khalifah untuk mengatur muamalat dan urusan harta benda antara individu muslim (Qs. al-Baqarah [2]: 188; Qs. an-Nisâ' [4]: 58), mengumpulkan dan membagikan zakat (Qs. at-Taubah [9]: 103), menegakkan hudud (Qs. al-Baqarah [2]: 179), menjaga akhlaq (Qs. al-Isrâ' [17]: 32), menjamin masyarakat dapat menegakkan syiar-syiar Islam dan menjalankan berbagai ibadat (Qs. al-Hajj [22]: 32), dan seterusnya.

Kedua, tugas khalifah mengemban dakwah Islamiyah ke seluruh dunia dengan jihad fi sabilillah. Hal ini nampak dalam banyak nash yang menjelaskan tugas khalifah untuk mempersiapkan pasukan perang untuk berjihad (Qs. al-Baqarah [2]: 216), menjaga tapal batas negara (Qs. al-Anfâl [8]: 60), memantapkan hubungan dengan berbagai negara menurut asas yang dituntut oleh politik luar negeri, misalnya mengadakan berbagai perjanjian perdagangan, perjanjian gencatan senjata, perjanjian bertetangga baik, dan semisalnya (Qs. al-Anfâl [8]: 61; Qs. Muhammad [47]: 35).

Berdasarkan dua kelompok nash inilah, dapat dirumuskan definisi Khilafah secara lebih mendalam dan lebih tepat. Jadi, Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi kaum muslimin seluruhnya di dunia, untuk menegakkan hukum-hukum syariah Islam dan mengemban dakwah Islamiyah ke seluruh dunia. Definisi inilah yang telah dirumuskan oleh Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani (w. 1398 H/1977 M) dalam kitab-kitabnya, misalnya kitab Al-Khilafah (hal. 1), kitab Muqaddimah ad-Dustur (bab Khilafah) hal. 128, dan kitab Asy-Syakshiyyah al-Islamiyah, Juz II hal. 9. Menurut beliau juga, istilah Khilafah dan Imamah dalam hadits-hadits shahih maknanya sama saja menurut pengertian syar'i (al-madlul asy-syar'i).

Definisi inilah yang beliau tawarkan kepada seluruh kaum muslimin di dunia, agar mereka sudi kiranya untuk mengambilnya dan kemudian memperjuangkannya supaya menjadi realitas di muka bumi, menggantikan sistem kehidupan sekuler yang kufur saat ini. Pada saat itulah, orang-orang beriman akan merasa gembira dengan datangnya pertolongan Allah. Dan yang demikian itu, sungguh, tidaklah sulit bagi Allah Azza wa Jalla. [Khilafah1924 Online]

Daftar Pustaka

Ad-Dimasyqi, Muhammad ibn Abdurrahman (Qadhi Shafd). 1996. Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf Al-A`immah. Cetakan I. (Beirut : Darul Fikr).

Al-Baghdadi, Abdurrahman. 1995. “Mafhum Al-Khalifah wa Al-Khilafah fi Al-Hadharah Al-Islamiyah”. Majalah Al-Khilafah Al-Islamiyah. No 1 Th I. Sya’ban 1415 H/Januari 1995 M. (Jakarta : Al-Markaz Al-Istitiratiji li Al-Buhuts Al-Islamiyah).

Al-Jaziri, Abdurrahman. 1999. Al-Fiqh ‘Ala Al-Madzahib Al-Arba’ah. Juz V. Cetakan I. (Beirut : Darul Fikr).

Al-Khalidi, Mahmud Abdul Majid. 1980. Qawaid Nizham Al-Hukm fi Al-Islam. (Kuwait : Darul Buhuts Al-‘Ilmiyah).

Anis, Ibrahim et.al. 1972. Al-Mu’jam Al-Wasith. (Kairo : Darul Ma’arif).

An-Nabhani, Taqiyuddin. 1953. Ay-Syakhshiyyah Al-Islamiyah. Juz III (Ushul Al-Fiqh). (Al-Quds : Min Mansyurat Hizb Al-Tahrir).

----------.1953. Ay-Syakhshiyyah Al-Islamiyah. Juz II. (Al-Quds : Min Mansyurat Hizb Al-Tahrir).

----------. 1963. Al-Ma’lumat li Asy-Syabab. (t.tp. : t.p.).

----------. 1963. Muqaddimah Ad-Dustur. (t.tp. : t.p.).

Ath-Thamawi, Sulaiman. 1967. As-Sulthat Ats-Tsalats fi Ad-Dasatir Al-Arabiyah al-Mu’ashirah wa fi Al-Fikr As-Siyasi Al-Islami. (Kairo : Darul Fikr Al-‘Arabi).

Az-Zuhaili, Wahbah. 1996. Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu. Juz IX (Al-Mustadrak). Cetakan I. (Damaskus/Beirut : Darul Fikr).

Belhaj, Ali. 1991. Tanbih Al-Ghafilin wa I’lam Al-Ha`irin bi Anna I’adah Al-Khilafah min A’zham Wajibat Hadza Ad-Din. (Beirut : Darul ‘Uqab).

Munawwir, Ahmad Warson. 1984. Kamus Al-Munawwir. Cet. Ke-1. (Yogyakarta : PP. Al-Munawwir Krapyak).

Zallum, Abdul Qadim. 1985. Hizb Al-Tahrir. (t.tp. : t.p.).

sumber:
http://swaramuslim.net/islam/more.php?id=5106_0_4_0_M